Kesyukuran bukan kesukaran.




Jam menunjukkan 2.45 P.M . Selesai meneguk hirupan terakhir white coffee ptg itu , aku bergegas ke kelas. 3.00 p.m kelas akan start . Ptgi tu , hujan agak lebat selebat cinta ku padamu cehh hahaha joke joke

. Hari  tu hujan agak lebat la .So kena pergi ke kelas awal sedikit. Sebab kena lalu jalan hospital yang jauh berbanding jalan yang biasa aku lalu.

Waktu tu agak sejuk. Masa lalu hospital, macam biasalah. Akan jumpa berbagai ragam manusia. Pesakit mahupun pelawat yang berkunjung ke Hospital USM ni bukannya sedikit. Macam-macam senario aku nampak. Kebetulan pagi tu aku jalan seorang. At the same time, ada pula Ambulans baru sampai angkat orang baru keluar dari wad operation. Sudahlah tengah rushing kan , takut sampai kelas lambat. Maklumlah, kelas dekat Trauma centre. Tingkat 3 pula tu .

"Haihhh. Orang ni . Berdiri pun tengah jalan. Haihh orang ni, org rushing pun still jln slow2 "
Itu rungutan yang ada dlm hati ini sepanjang jalan tu . Rasa macam nak membebel non stop bila orang buat buat slamba dah nampak kita jalan laju-laju. Tapi aku faham ja. Yalaa , orang yang dtg HUSM tu pun baru sampai. Masing-masing ada tujuan tersendiri kan.

 Dalam hati yg tengah membebel tu, dengan kaki yang melangkah laju , tambah lagi dengan cuaca hujan lebat bunyi kilat sabung menyabung , aku terhenti seketika bila ada seorang makcik menyapa  perlahan . Kebetulan pula aku dengar.

" Adik.. tisu adik .. seya dapak duo "

"Allah . Makcik ni pulaa. dahla org rushing2 ni " Keluh hati ku.

"Maaf makcik, saya ada kelas. Nnti sy mai mula deh "

Makcik tu tengok ja aku . Maybe dia annoy kaa kesian dekat aku atau kesian dekat diri dia aku pun tak sure la.

Actually petang tu ada Klinikal demo prostho. Issue session iaitu bagi try dekat mulut patient denture/gigi palsu yang suda siap tu. So tengok la patient selesa ka tidak , ada masalah ka dan doktor akan ajar cara pakai dan jaga gigi palsu tu.So sebab tu aku mau datang awal. Yala , takkan la datang lewat pula kan .

Masa sepanjang kelas tu , mau kata aku terfkir-fikir makcik tu tidaklah juga . Tapi , patient yang datang tu pun makcik tua kan tetiba teringat lah pula dekat makcik tisu tadi tu.
"Dah kenapa aku ni. " keluh hati sambil menulis input yang dr sebut.

Dah habis session tu dekat pukul 5 lah juga . Aku tengok jam sambil berkata "Alah , pukul 5 suda. Mungkin makcik tisu tu suda balik juga ".

Tiba-tiba makcik tua yang jadi patient tadi panggil aku . Tanya banyak benda terutama pasal diri sebab aku orang sabah kan. yalaa orang jauh kan. Orang hairan bila sanggup study jauh-jauh mungkin.

" Bersyukur dengan apa yang kita ada " -Tetiba makcik tua tu kata sambil senyum

Dushhh dush dushh. Rasa sentap lah juga kan. Aku bukanlah dak bersyukur . Mahu kata aku sentap sebab masa tu aku memang sensitif aku bukan nya datang bulan. Tapi daktau kenapa dia bagaikan batu yang menghempap. Mungkin sebab makcik tu tiba-tiba  mention dekat aku. Atau pun dia saja ja bagi tazkirah sebab masa tu cuma aku seorang luar klinik duduk sebelah dia. Ataupun sebab dia nampak aku mcm xbersyukur. Wallahu alam.

Aku balas dengan senyuman nipis saja lalu minta diri dengan segera.

Sepanjang perjalanan balik ke asrama , aku lalu sekali lagi laluan hospital tu sebab hujan masih lebat.
Aku cuba cari semula mackcik tu. Alhamdulillah mujur ada makcik tu. Muka dia macam baru habis nangis . Aku daripada jauh buka beg, cari dompet. Malangnya dompet takdok pulok.
"Allah macam mana ni . Buat buat taktau jalaa " Aku pun decided untuk jalan dan buat-buat dak nampak masa lalu depan makcik tu. Masa lalu depan makcik tu, aku masukkan tangan ke dalam poket labcoat. Tiba tiba ada RM 2 ! Eh sejak bilaa aku ada RM2 ni pula . Bila pula aku simpan RM 2 ni dalam poket ni " desus hatiku.

Sebab dah ada RM 2 tu, aku patah balik ke makcik tu . Makcik , nah *sambil hulur RM 2 *
"ALHAMDULILLAH NAK. ADA JUGA DUIT NAK MAKAN HARI INI. ALLAHUAKBAR. TERIMA KASIH NAK " pastu dia bagi tisu 4 pek ............

Aku simpan lah tisu-tisu tu dalam beg . Tapi aku dak guna pun tisu tu. 2 hari yang lalu, sepanjang Prostho lab, tisu makcik tu lah yang aku guna untuk kilatkan wax bite block , lap air yang tertumpah d lab , bersihkan instrumen dan wax knife. sebab masa tu urgent . Nasib teringat tisu makcik ada dekat dalam beg. Alhamdulillah.


Kesimpulannya,
Ada hikmah setiap apa yang berlaku dalam hidup kita . Contohnya macam makcik tisu tu . Kalau lah aku memang takmau beli, aku boleh ja guna RM2 tu beli makan malam atau beli air ka . Sebab masa itu aku tak perlu pun tisu yang dia jual tu , tisu-tisu aku kat bilik masih banyak lagi. Tapi ,,aku beli juga . Aku memang tak guna tisu tu untuk kegunaan biasa . Tapi aku simpan jaa. Rupanya , ada hikmah di sebalik semua tu. Rupanya tisu tu memang untuk aku guna masa lab. Aku ja yang taktau .Sebab lepas 3 minggu baru aku guna tisu tu .

Hopefully you get what i mean . Hikmah tu kita tak nampak sekarang . Tapi akan datang .

-TheToughest






Comments

Popular posts from this blog

Motivation

Beautiful.

Ramadhan.