Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2017

Beautiful.

Setiap perkara yang kita buat dalam dunia ni ada kebaikan dan keburukannya.
Bukan semua benda yang kita lakukan itu benda yang mendatangkan kebaikan sepenuhnya 100%. Mungkin ada 5% terselit keburukan juga. Sebab itu juga wujudnya pendapat, manusia ini tiada yang sempurna. Pasti ada salah biar sebaik, sebagus mana pun diri itu. Ada khilafnya. Sebab itulah dalam surah Al Fatiha,:
اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ - 1:6Tunjukkanlah kami jalan yang lurus. Kita kena keep on berdoa tunjukkan jalan yang lurus. Sedang dalam solat pun Al fatihah adalah rukun nya. Maka, tiada alasan bagi kita untuk mengatakan bahawa kita sempurna. Kadang, mungkin kita rasa diri sudah cukup baik sebab menjaga solat, membaca alquran, kita buat qiam , berpuasa, berbuat baik dengan manusia dan makhluk Allah yang lain, tetapi.....

Jam menunjukkan 2.15 pagi. Suasana bilik gelap gelita. Ahli bilik yang lain telah tidur. Tetapi insan itu masih berjaga. Gigih jarinya melihat profil orang yang mungkin dia kagumi dek ker…