Beautiful.


Setiap perkara yang kita buat dalam dunia ni ada kebaikan dan keburukannya.
Bukan semua benda yang kita lakukan itu benda yang mendatangkan kebaikan sepenuhnya 100%. Mungkin ada 5% terselit keburukan juga. Sebab itu juga wujudnya pendapat, manusia ini tiada yang sempurna. Pasti ada salah biar sebaik, sebagus mana pun diri itu. Ada khilafnya. Sebab itulah dalam surah Al Fatiha,:
اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ - 1:6Tunjukkanlah kami jalan yang lurus. Kita kena keep on berdoa tunjukkan jalan yang lurus. Sedang dalam solat pun Al fatihah adalah rukun nya. Maka, tiada alasan bagi kita untuk mengatakan bahawa kita sempurna. Kadang, mungkin kita rasa diri sudah cukup baik sebab menjaga solat, membaca alquran, kita buat qiam , berpuasa, berbuat baik dengan manusia dan makhluk Allah yang lain, tetapi.....

Jam menunjukkan 2.15 pagi. Suasana bilik gelap gelita. Ahli bilik yang lain telah tidur. Tetapi insan itu masih berjaga. Gigih jarinya melihat profil orang yang mungkin dia kagumi dek kerana kecantikan yang dimilikinya. Dari sekeping gambar sehinggalah berkeping-keping gambar ditatap, diperhati, kemudian berpindah ke profil orang lain yang turut dia kagumi. Maka sampai suatu minit , terdetiklah " Kenapa aku tak cantik seperti dia, dia putih, mukanya flawless, hidung mancung, Ada eyelid, masyaallah kening tebal, wah ada lesung pipit, ayunya muka dia, perghh baju dia lawa nak mati .."

Kata ya atau tidak, ini adalah situasi yang sering dialami oleh wanita abad ni. Umat akhir zaman. Ya, termasuk diri ini sekali. Kerana, benda itu sebenarnya meletakkan rasa tidak bersyukur dalam diri kita sekalipun kita mengatakan kita bersyukur melalui ibadah tetap seperti solat dan mengabdikan diri kepadaNya.

Kenap perlu rasa diri tidak cantik ? Bukan. Soalan yang salah. Kenapa perlu mengungkapkan aku tidak cantik? Tahu kenapa? Jawapannya adalah kita sendiri yang memilih dunia. Sebut sahaja ayat tersebut, maka kita tau kita sebenarnya meraih pujian manusia. Berharap manusia membalas " siapa kata awak tak lawa, awk lawa la " Padahal kita tau tiada satu pun benda yang Allah cipta adalah benda salah, kurang dan tidak menarik. Sedangkan Allah sendiri cinta dan suka akan ciptaannya. Mengapa perlu meraih pujian manusia, kau perlu banyak benda untuk meraih kata manis manusia. Kau perlu jadi hebat, pandai, cantik fizikal untuk meraih tempat di mata-mata mereka. Padahal, dalam al quran yang sekian abad nya telah dikumpulkan pada zaman khalifah, diturunkan wahyu kepada Nabi Muhammad SAW dulu telah membuktikan bahawa jalannya senang. Ambillah wuduk, bersujudlah kepadanya. Jaga hubungan denagan Allah dan manusia, taat kepada Allah dan suruhannya. Kerana pujian Allah tiada terbanding dengan pujian manusia. Ganjaran nya acap kali disebut dalam al quran iaitu Jannah. Betapa baiknya Allah memberikan ganjaran tanpa perlu pun kita sebagai manusia bersusah payah. Kalau pada manusia,kau perlu bubuh make up. Kau perlu tudung yang lawa. Kau perlu banyak benda. Jangan menyusahkan diri.
Jangan bersedih. Tidak perlu bersendiri. Allah sedang memerhati. Maka pilihlah ibadah diri bukan pujian manusia yang berlapik basi tanpa ganjaran menanti.

Yakinlah dengan kurniaanNya. Kau sudah cukup cantik. Apa yang kau perlu buat adalah jaga kebersihan, berpakaian kemas seperti mana yang islam ajarkan. Itu pun sudah lebih dari cukup.


Comments

Fadhilah Daud said…
such a nice sharing Nilie! Thank you. :)

Popular posts from this blog

Motivation

Ramadhan.