Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2017

Ramadhan.

7 Ramadhan 1438 | 2 June 2017.
Jumaat.

Sempena hari jumaat yang pertama dalam bulan Ramadhan, aku yang hina ni terasa ingin berkongsi sedikit tazkirah kecil.

Hari ini, Alhamdulillah kita masih bangkit. Masih mampu kita lihat dunia yang fana, yang sementara. Tubuh badan sihat kita miliki. Nikmat Allah satu tak kurang biar sedikit kita nikmati. Jalan hidup penuh persepsi, dek manusia mudah rapuh tanpa iman di hati.

Ramadhan ini bulan yang mulia. Setiap amal yang kita buat dijanjikan pahala. Sebab itulah waktu zaman Nabi dahulu, umat islam sentiasa beribadah, beribadah dan beribadah. Qiam tidak tinggal, quran sentiasa dibaca, sedekah amalan utama.Ramadhan ni ibarat apabila Bank bagi kau masa sebulan, ambillah berapa juta wang yang kau mahu. Ambil sahaja berapa banyak pun tetapi syaratnya tangan engkau sendiri yang kena mengambilnya. Seperti yang kita tahu, duit itu berharga. Maka pastinya manusia berpusu-pusu dan kalau boleh tiada sesaat pun yang ditinggalkan, sebaliknya dimanfaatkan unt…